Tamadun Indus



Pengenalan

Tamadun Indus bermula pada tahun 2500 SM dan berakhir pada tahun 1750 SM. Ia merangkumi 60 buah kota.Antara kota-kota yang terbesar ialah Harappa dan Mohenjo-Daro.Kerajaan negara kotanya bersifat teokrasi


Sumber ekonomi utama ialah pertanian , perdagangan dan perusahan.Tanaman utamanya ialah gandum , barli , padi dan kapas. Binatang ternakannya ialah lembu , biri-biri , kambing babi dan ayam.Perusahaan utamanya ialah menenun kain kapas , membuat barang-barang logam , tembikar dan barang-barang kemas serta mengukir batu.

Masyarakat Indus mengamalkan polyteisme dan animisme.Mereka menyembah pokok , batu yang berbentuk lingga , lembu dan dewa.Masyarakat Indus menyambah Dewa Siva (Pashupati) dan Dewa Shakti (Mother Goddess) yang bermuka tiga.Tulisan masyarakat Indus berbentukpiktograf.Ia mempunyai hampir 400 simbol.

Sumbangan tamadun Indus dalam bidang sains ialah penetapan satu sistem timbangan yang seragam.Mereka juga mengasaskan sistem ukuran lurus.Sumbangan paling besar tamadun Indus ialah kumpulan puisi Vedas.Veda yang pertama ialah Rig Veda.Ia disusun sebelum 1000 SM.Mereka telah mengukir patung manusia seperti patung 'Gadis Menari'.


Latar Belakang

Tamadun terawal di India ialah tamadun Indus. Tamadun ini melalui satu era kecemerlangan antara tahun 2500-1800 S.M.. Selepas tempoh ini tamadun indus telah mengalami keruntuhan. Keadaan ini berlaku adalah dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan. Kedatangan orang Aryan telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat yang tinggal menetap di Sungai Indus. Tahap ini adalah dikenali sebagai Zaman Vedik. Nama vedik adalah diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda. Zaman ini merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tamadun ini kerana pada zaman itu telah lahir agama Hindu. Menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat mula beralin ke Ganges.Zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja. Terdapat dua bentuk kerajaan iaitu janapada (kerajaan kecil) dan mahajanapada (kerajaan besar). Chandragupta Maurya telah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil dan melahirkan empayar yang pertama di India pada tahun 321S.M. Dinasti Maurya mencapai kemuncak kegemilangannya pada ketika pemetrintahan Asoka.


Proses Pembentukan

Di bahagian barat laut India telah wujud penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad.Penduduk ini kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus membekalkan sumber air dan dapat menyubuhkan tanah.Penduduk yang menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan penghasilan pertanian yang menambah jumlah penduduk.Faktor-faktor ini juga menyumbang kepada perkembangan bandar.Dua bandar utama terbentuk ialah Mohenjo-Daro dan Harappa. Lothal dan Sutkagen Dor merupakan bandar pelabuhan penting.

Ciri-ciri Tamadun Indus

Terbahagi kepada 2 bahagian
Petempatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar terancang. Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok. Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran , tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan ,dan tempat penyimpanan hasil pertanian. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba. Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.Setaip bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.Selain jalan raya, bandar juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
Bandar Terancang

Tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya.Menurut jumpaan arkeologi ,masyarakat Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedangang.Kelas atasan utama ialah pendeta.Para pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya kegiatan keagamaan.Oleh sebab tiada bukti kewujudan raja, maka, sejarahwan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankan aktiviti petanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di bentang, dan membina terusan.



Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah manjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, petanian, pertukangan dan pembuatan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.Contoh hasil perdagangan termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian. Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang, dan sebagainya. Selain mencari pertani dan perdanagang, ada ahli masyarakat yang menjadi artisan. mereka terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.




Masyarakat tamadun ini dikenal pasti telah menpunyai satu amalan agama. Ini dibuktikan dengan pernemuan patung dan ukiran yang menpunyai unsur keagamaan. Antara penemuan penting ialah sebuah patung yang dirujik sebagai patung proto-Siva. Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Himdu kemudiannya. Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu. Pekara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamin, Asia Kecil, Syria dan Palestin.


Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.






Sumbangan Tamadun Indus

Sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan serta kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingga akhirnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun. Kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka akan menjadi panduan kepada generasi seterusnya untuk menghasilkan sebuah tamadun yang cemerlang.
Selain itu, tamadun ini sangat dikenali kerana perancangan bandarnya. Kemanpuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang deometri dan pembinaan. Pemahaman deometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamis dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikiti oleh jalan raya yang lurus. Disamping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha meningkatkan mutu bahan binaan.Berasaskan perkara ini, kecermalangan perancangan badar dalam tamadun Indus, sebenarnya merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuandan pencapaian termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.
Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting. Dari sudut ini, tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnyasama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya. Walau bagaimanapun, dalam konteks hubungan antara tamadunIndus dengan tamadun Mesopotamis, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
Secara keseluruhannya, tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden hari ini beberapa aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan. Tamadun ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.




4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian ini

    BalasPadam
  3. Apa bahan digunakan untuk membuat tempat mandi awam

    BalasPadam